Sunday 5 July 2015

50 Entrepreneurs share priceless advice

Love it...Steve Jobs advice

Best Motivational Video For Startups And Entrepreneurs

ENTREPRENEURSHIP: Effectuation Research

Entrepreneurship pedagogy




BAB 7 - Love Me Like You Do



Hampir setahun peristiwa pertemuan kedua secara tidak sengaja dengan si Hazel terjadi. Sudah ketemukah dia dengan ibunya? Ternyata ingatan Indah pada Nicky tidak pernah padam. Segala yang terjadi setahun yang lalu masih segar diingatan Indah. Nyanyian Ellie Goulding berkumandang lagi. Kalaulah aku mampu menyatakannya...love me like you do..."Dah kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba teringatkan si Hazel. Terbuai sangat aku dengan nyanyian Ellie Goulding. Normal lah tukan?  Aku juga manusia yang ingin dicintai. Ada impian sendiri..." ok seriously Indah..you got to stop this..." Ada yang tak beres dengan kepala aku ni. Mungkin terlalu letih melayan artikel-artikel journal yang hampir semuanya menarik perhatian. Tidak sabar rasanya hendak berdiskusi dengan pelajar-pelajar Master hujung minggu ni... Well...tak salah kot nak layan perasaan sekejap...ok...seriously...I have to stop it. Tak guna berangan pada perkara yang hampir mustahil terjadi. Kebarangkalian aku bertemu kembali dengan Nicholas sangat tipis...1 per sejuta...Tapi kenapa ek? out of the blue...only him that I remember? Kata orang dulu-dulu, kalau kita ingat sangat kat seseorang tu, dia pun ingat kita macam kita ingat dia. Ye ker? Boleh pakai ke teori tu?
Ok Macam tak caya jerkan? Ketukkan pintu bilik mematikan imaginasi Indah. "Sayang, ibu dah banyak hari tak der selera makan. Apa kata Indah jumpa dia?" Jemari mama mengusap lembut rambut hitam ikal separas pinggang yang sengaja Indah lepas bebas. Ibu...Sibuk dengan kerja-kerja penyelidikannya sampai tidak sedar sudah seminggu dia tidak menjenguk ibu.

" Sorry mama. Indah asyik balik lewat jer sampai lupa nak jenguk ibu. How is she? " Mama senyum dan mula bercerita bagaimana keadaan ibu.

"Indah, lepas solat...jenguk ibu ok?"  Mama memang sudah faham dengan tabiat puteri tunggalnya. Hari cuti sememangnya masa untuk dia rehatkan minda. Habiskan masa mendengar lagu-lagu kegemarannya dan khayal dalam imaginasi. Adakalanya Indah turut menyanyi bersama penyanyi kesukaannya. Waktu sebegitu selalunya dia tidak suka diganggu dan semua ahli keluarga faham dengan perangai pelik Indah.Hanya kala ABC. Waktu lain tak de la dia nak berkaraoke pulak.

"Ok mama" Dia memeluk mamanya seakan-akan sudah lama tidak berbuat demikian. Indah, puteri tunggal yang manja. Hanya dengan mereka yang dekat dan mengenali dirinya sahaja. She is an ice queen outside her family circle. Kawan pun memilih. Bukan sebarang orang boleh rapat dengan Indah tetapi bila sudah rapat, memang dah macam saudara. Tanyalah Didi, Dell and Ckin...teman-teman rapatnya kat universiti.

"Indah, nanti pujuk ibu lunch sama ok? " Mama masih mengelus lembut rambutnya. Sudah lama tidak berbaring atas peha mama macam masa kecik-kecik dulu. Mesti ada perkara penting mama hendak bagitahu ni...

"Mama, am I sense it right? .." Indah pandang wajah tenang mama. She is so pretty...my mama is the prettiest queen in the whole universe. And I am so lucky princess. Bisik hati Indah.

"Yupp...abang Idham  nak kenalkan Indah dengan' strategic partner' barunya" Hmmmm...topik 'cliche' . Memang semenjak Indah selesai pengajian dan berjaya memperolehi pekerjaan yang diidamkannya, ada jer usul hendak menjodohkannya dengan seseorang. Kalau bukan Kak June, kakak angkatnya, mesti Auntie Zee, takkanlah abang pun nak join the group?

"Mama, I am happy this way. I dont wanna think about marriage yet" Mama senyum saja bila Indah mula merenget menyatakan ketidakpuasan hatinya.

"I'm not getting married if I cant find a guy as gentle as daddy, as caring as abang Am or as handsome as Hazel.." oops..terlepas cakap pulak.

"Hazel? Who is this Hazel?" mama bertanya lembut.

" No one particular. Hanya watak hero dalam filem baru..," coverline sikit. Nasib baik ler banyak hero baru keluar kat movie sekarang ni. Sorry mama, it's just  me...nothing serious...orang tu pun ntah kat mana sekarang ni...lagipun, takkan ler perigi nak cari timba.

" Indah, mama, daddy dan abang...we only want the best for you." Mama terus memelukku seperti selalu. Insan yang sangat lembut, tenang...mungkinkah aku mampu jadi seperti mama. Tegas dalam kelembutan?

" Ok mama...i got it...I love you guys with all my heart and soul too.."

If only he is the one....



tweet...tweet..





Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت


The message is to be yourself... Love the meaning of the lyrics...

Kun Anta- Humood Al-Khuder Live @ Gegar







kun anta unplugged

Saras Sarasvathy Gives Business a Good Name







what will it take to be an entrepreneur?