Sunday 21 July 2013

BAB 5

Indah Widuri Idlan


Masjid Selat, Pulau Melaka.


Sudah hampir waktu Asar. Kereta Kia Picanto merah membelok masuk ke kawasan masjid dan berhenti di tempat parkir. Seorang gadis melangkah keluar dari kereta dan menapak ke bilik wuduk berhampiran. Beberapa minit kemudian laungan azan berkumandang. Kelihatan beberapa orang lagi berjalan memasuki masjid yang sangat indah itu. Selepas seketika imam mengambil tempat dan solat Asar berjemaah dilaksanakan.

Hati Indah Widuri tenang di situ. Semenjak usia remaja, setiap kali ada kegelisahan dan masalah dia akan cuba sedaya upaya untuk ke masjid. Baginya sujud di rumah Allah memberi seribu ketenangan yang sukar dimengertikan. Sudah acapkali juga dia ke mari. Masjid Selat yang baru beberapa tahun didirikan di Pulau Melaka ini. Menariknya bangunan Masjid ini didirikan dalam laut. Mengadap Selat Melaka. Lautan yang terbentang luas amat mendamaikan hatinya yang tidak keruan saat ini.

Entah kenapa, sejak beberapa hari ini dia didatangi mimpi yang sukar ditafsirkan tetapi amat membahagiakan. Dalam mimpinya dia berada di sebuah pulau yang sangat cantik, air laut yang jernih membolehkannya melihat dengan jelas ikan-ikan kecil pelbagai warna berenang-renang di gigi air. Sesekali deruan ombak yang memukul pantai, memberi seribu ketenangan. Damai... tenang. Itulah kebahagian yang dicarinya. Tiba-tiba seorang lelaki memeluknya dari belakang. Menghadiahkan kucupan hangat di pipi kanannya. Membisikkan sesuatu dalam perkataan yang tidak difahaminya. Wajah lelaki itu kabur dari pandangannya. Tapi ayat yang diucapkan bermain di minda Indah Widuri...Mahal si Mahal Kita...

Setiap kali terjaga dari mimpinya, Indah dapat melihat jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sudah berhari-hari dia mengalami mimpi yang sama. Petanda apakah ini tuhan? Adakah dia bakal suamiku? Tetapi kenapa bahasanya pelik sangat. Macam pernah kudengari sebelum ini. Kedatangan Umi Nur kelmarin juga mengganggu ketenangan Indah. Dia menghormati satu-satunya ibu saudara sebelah papanya itu tetapi hasrat yang disampaikannya membuat hati Indah gelisah. Umi Nur merupakan satu-satunya kakak papa. Satu-satunya adik beradik yang papa ada.  Keinginan Umi Nur untuk menjodohkannya dengan Ustaz Amar Khalid, anak teruna Umi Nur yang baru pulang dari Mesir selepas menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Usulludin, ternyata tidak dapat diterima Indah. Apa tidaknya, Khalid sudah umpama abang baginya. Usia Khalid sebaya abangnya Izham Wafi. Mana mungkin dia menerima Khalid. Tidak dapat dinafikannya Khalid ada karisma tersendiri. Cukup layak menjadi imam baginya. Malahan dia yakin Khalid umpama 'hot stuff'. Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya kini sebagai Pensyarah di UTEM, ditambah lagi dengan fizikalnya yang tinggi dan rupanya yang kacak, memang boleh kata tidak waras sesiapa yang menolak pinangan Khalid. Tiada satu apa pun kurangnya insan bernama Amar Khalid ini. Sangat sempurna. Ustaz moden yang boleh bawa diri ke mana sahaja termasuklah ke majlis makan malam syarikat papa sebulan lepas.

Indah masih ingat lagi betapa kacaknya Khalid mengenakan sepasang sut hitam dipadankan dengan kemeja putih dan tali leher bewarna hijau kebiruan pada malam jamuan tahunan ID Furniture Gallery. Segak sangat Khalid melangkah menghampiri dirinya yang ketika itu sedang bersembang dengan beberapa orang pekerja papa. Indah kagum dengan abang sepupunya itu. Sangat budiman. Penuh kelembutan dalam tutur katanya. Hati perempuan mana yang tidak bergetar. Seorang hafiz pulak tu. Sayangnya tiada 'getaran' di hati Indah. Baginya Khalid tidak lebih daripada seorang abang sepupu. Dia rapat dengan Khalid sama seperti dia rapat dengan abangnya Izham Wafi.

"Excuse me.." teguran seseorang menghentikan lamunan Indah.

" Yes..." Indah terpaku seketika saat matanya bertemu sepasang anak mata berwarna hazel yang sangat cantik pernah dilihatnya.

"Masya Allah...cantiknya iris mamat ni.." ada getaran dan tarikan fizikal dirasakan dalam hatinya.

" I'm sorry...can I ask you something?" dah merah dah muka dia. Rasanya lama jugak matanya terpaku pada mata si hazel ni. Baru Indah sedar lelaki di hadapannya sangat kacak. Muka macam Melayu tapi ada iras orang Portugis jugak. Pelancong ke apa ni? Pelancong agaknya sebab bahasa Inggerisnya begitu kuat slang Amerika. Ke Melayu celup, saja nak keret cakap omputih.


" What can I help you?" Indah akhirnya yakin mamat mata hazel ni bukan orang Melayu.

" Is it ok if I enter the mosque?" Sah pelancong. Kalau sudah hendak masuk masjid pun minta izin. Apa lagi 'confirm' le pelancong.

" Sure. By the way, where you come from?" Ringan pulak mulut si Indah ni beramah mesra.

"I am from Filipine." Si hazel menghulur tangan untuk berjabat. Melihatkan Indah yang tidak menghulurkan tangannya, jelas muka cuak kat wajah kacak si hazel.

"Can you be my guide?" Pertanyaan si hazel menghentikan niat Indah untuk melangkah dari situ.

" I'll see if the Imam is still here. He will assist you." Indah bergerak kembali ke dalam masjid untuk mencari Imam. Si Hazel mengikutnya.

Indah terlihat seorang pak cik sedang duduk di ruang solat lelaki. Dia bergerak menghampiri lelaki itu.

"Assalamualaikum pak cik."

"Waalaikumusalam. Ada apa nak?" terkejut pak cik tu disapa suara lembut Indah.

" Pak cik, ni ada seorang pelancong Filipina hendak tahu pasal masjid ni. Boleh pak cik bantu dia?"
Indah terus menyatakan hasrat si hazel pada pak cik tersebut.

" Nak tunjukkan masjid ni tak ada masalah tapi pak cik tak pandai bahasa Inggeris." ucap pak cik tersebut.

" Imam dah balik ke pak cik?"

" Imam ada hal, dia dah balik baru sekejap tadi"

" Is there a problems?" Si hazel menyampuk perbualan Indah dan Pak Cik tersebut.

" This uncle can show you the mosque but he can't speak English"

Akhirnya Indah ikut serta si hazel dalam lawatannya ke dalam Masjid Selat. Setia menjadi penterjemah setiap penerangan Pak Cik Abdullah. Rupanya pak cik ni tukang cuci masjid.

" Indah, its so nice of you to be my guide today. "

"Maraming salamat."

" I mean thank you so much"

"It's ok. Nice meeting you Nicholas"

Nicholas mengajak Indah singgah minum untuk menyatakan ucapan terima kasihnya. Indah menolak baik hasrat Nicholas. Walaupun dia nampak keikhlasan dalam pelawaan lelaki tersebut, dia masih perlu berhati-hati. Zaman sekarang lelaki jahat ada di mana-mana sahaja dan lelaki jahat bukan macam dulu boleh dikenal pasti melalui penampilan. Sekarang ni, orang jahat pakai smart, handsome, pandai ambil hati, baru mudah hendak mengambil kesempatan.

" Can I see you again?" Pertanyaan Nicholas dibalas dengan senyuman.

" With God will..."serentak itu, Indah menapak ke kawasan parkir. Menghampiri Kia Picanto merah kesayangannya dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut sebelum bergerak menuju ke Klebang Height.Nicholas memerhatikan kereta Indah hingga hilang dari pandangannya. " She's something..." bisik hati kecilnya. Senyum terukir dibibir. Kebahagiaan mengetuk pintu hatinya.











No comments:

Post a Comment