Monday 15 July 2013

BAB 1



Aku berlari memasuki ruang tamu Villa de la Cruz. Penerbangan selama berbelas jam dari California  terasa amat panjang. Sejak tiba di Lapangan Terbag Ninoy Aquino. Berita pemergian papa amat mengejutkanku. Suara tangisan lolo Patrick dan lola Maria jelas kedengaran. Tita Julie, Tita Elise dan kedua sepupuku Anne dan Mirian sedang cuba menenangkan kedua-dua datuk dan nenekku. Siapa yang tidak sedih dengan pemergian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga de la Cruz? Aku lagi terasa kehilangan. Papa yang amat kusayangi telah pergi meninggalkanku selamanya. Sama seperti mummy yang telah terlebih dahulu meninggalkanku saat aku menjengah diri ke dunia ini.  Aku memeluk Lolo, Lola, Tita Julie, Tita Elise dan kedua sepupuku, Anne dan Marian. Tito Sebastian mendekatiku.

" I am sorry for your lost Nicky. May I have a moment with you, I have something important to discuss"   Tito Sebastian sahabat karib merangkap peguam peribadi papa membawaku ke satu sudut di ruang tamu Villa de la Cruz. 

" Your dad is a Muslim and he asked to be buried as a Muslim. I have arranged everything." terkejut aku dengan kenyataan Tito Sebastian. Muslim? Sejak bila? Setahu aku semua ahli keluarga de la Cruz menganut agama Kristian. Petutlah papa tidak pernah mahu mengikut kami ke gereja. Semenjak kecil aku tidak pernah melihat papa ikut serta dalam sebarang acara keagamaan. Sangkaku papa seorang ateis. Muslim? Adakah lolo dan lola mengetahuinya? Tita Julie tentu tahu. Beliau bukan sekadar seorang adik malahan papa sememangnya rapat dengan Tita Julie semenjak mereka masih kecil lagi.

Tito Sebastian menyerahkan sepucuk sampul surat bewarna coklat kepadaku sebelum beliau bergerak ke arah lolo dan lola. Aku dapat lihat betapa wajah lolo kelihatan merah padam menahan rasa kesalnya selepas Tito Sebastian menerangkan apa yang telah diaturnya sepertimana kehendak papa. Lola pula semakin kuat tangisannya. Mungkin dia juga terkejut dengan berita yang baru sahaja kami terima. Hanya Tita Julie yang masih kelihatan tenang. Mungkin dia sudah sedia maklum tentang agama papaku. 

Usai majlis pengkebumian papa, kami semua beredar dari tanah perkuburan yang agak asing bagi kami. Lolo dan lola terpaksa menerima hakikat pemergian anak tersayang. Lebih menyedihkan bila papa tidak dikebumikan di kawasan perkuburan keluarga de la Cruz. Setiap dari ahli de la Cruz disemadikan di sana. Malahan kubur mummyku, Jasmine de la Cruz juga ada di sana. Aku memeluk Lola untuk mententeramkannya. Kehilangan papa merupakan satu tamparan hebat bagi Lola.
  
Seminggu berlalu...

Sampul coklat yang dititipkan papa kepadaku melalui Tito Sebastian masih berada di atas meja kerja di bilikku. Hampir aku terlupa. Ah! sudah seminggu papa pergi meninggalkan kami. Semenjak kecil aku sudah terbiasa dengan ketiadaan papa yang sering berulang alik ke luar negara bagi menguruskan de la Cruz International. Aku sendiri sejak usia belasan tahun telah dihantar papa untuk menyambung pengajian di California. Masih segar diingatanku, papa memujukku untuk ke luar negara ketika usiaku 15 tahun. Katanya sebagai persediaan untuk mewarisi empayar perniagaan keluarga. Apatah lagi sebagai waris tunggal papa, aku perlu mempersiapkan diri untuk mengambil alih tanggungjawab tersebut. 

Sampul coklat kubuka, isinya sepucuk surat dan beberapa keping gambar papa bersama seorang wanita. Mungkinkah mummy? Seingat aku tidak ada satupun gambar mummy dalam villa de la Cruz. Kata Lola, gambar mummy telah dihapuskan oleh Lolo sebaik sahaja mummy meninggalkan kami. Papa terlalu mencintai mummy dan semua kenangan tinggalan mummy telah dihapuskan bagi mengelakkan papa dari terus merana. Sehingga kini aku tidak pernah mengenali siapa mummyku. Hanya namanya tertera di batu nesan milik keluarga de la Cruz. Jasmine de la Cruz beloved wife of Daniel Augusto de la Cruz. Born - 15 September 1968 Died - 25 March 1988.

5 comments:

  1. Menarik,menarik..sambung cepat kak..hehe

    ReplyDelete
  2. Di, menarik eh? jap lagi akk post bab 2... teruja akk nk menulis...dh ada internal and external motivation...hihi

    ReplyDelete
  3. Wow..such a page turner...nak smbg baca ni huhu

    ReplyDelete
  4. Wow..such a page turner...nak smbg baca ni huhu

    ReplyDelete
  5. madam cptlh post cerita seterus nya...nak thu jgk apa dh jadi

    ReplyDelete