Thursday 25 July 2013

Setengah Mati Merindu...

Satu lagi hari yang indah. Kelas dari pagi sampai pukul 3. Stop kejap pukul 1.30 untuk jemput Amsyar dari sekolah dan dalam perjalanan ke sekolah agama Amsyar, singgah seketika kat Klinik Dr.Hamzah untuk check BP. Ternyata setiap orang ada ujian masing-masing. Secara berseloka aku marahkan Dr.Hamzah kerana lambat sangat semalam.

 " Dr. ke hospital, sapa sakit? " terkejut je air muka dia...

"anak saya, hamil luar rahim" macam tak da perasaan...

"oops..kesiannya..mesti dia sedih"selamba badak je keluar perkataan tu dari mulutku...

Ha, itulah aku... fikir je kat kepala, terus keluar kat mulut. Kata cikgu aku, aku ni 'spontaneous'. tak fikir panjang, tapi aku jujur dengan apa yang aku katakan.

" xpa dah buang pun..." agaknya sebab dia doktor dia boleh le acting 'cool' macam tu. 

Tapi serius aku rasa kesian kat anak dia...

"awak dah kurus.." aik doktor ni, ada hati lagi nak usik aku. 

" je ke dr.? suka..suka..suka" 

buang tebiat betul aku ni. kot je pun suka tak perlu la nak buat gaya Meimei dalam cerita Upin Ipin tu...
"Alamak, sori dr. teruja..." Dr.Hamzah yang sudah ku anggap macam abahku yang jauh kat utara sana hanya tersengih dengan gelagat aku...

"haah .BP naik ni..apasal?"

 aku sudah mengagak BP aku akan naik. Apa tidaknya tidur tak cukup sejak dua tiga hari lepas...Ha! ni memang salah sendiri. Ada beberapa sebab aku jadi macam ni...pertama..tak cukup rehat...kedua tension sebab tiba-tiba boleh 'black-out' dan tak boleh fikir soalan-soalan terkini untuk tanya dalam exam paper..ha ni serius aku bengang dengan diri sendiri...

"brp dr.?" lagi mau tanya? kalau dah satu hari aku pening macam tak boleh blah, apa lagi macam biasa la...

"120/90" ...dah agak dah..

" saya tak cukup rehat dr." bukan bagi alasan memang macam ni la aku kalau dah ngokngek..(istilah aku kalau kepala dah tak berapa betul).

"nak cuti tak?" haha ..bab ni aku suka. 

"tak nak la dr. hari ni saya kerja...semalamnye nak le..."

Aku lihat air muka Dr.Hamzah macam dah agak jawapan aku. Sejak berpindah ke Melaka, dia sudah jadi bagai doktor peribadi aku dan keluarga. Dia memang ada rekod aku...BP dah lama aku kena. sejak usiaku 28 tahun..tapi masih dalam kawalan. Aku hanya akan kena high BP kalau aku letih sangat, travel jauh-jauh dan tension dengan performance aku...wah sedar tak sedar dah hampir 10 tahun aku dapat High Blood Pressure ni...

"Thank dr.." 

Aku melangkah keluar dari klinik sebaik sahaja pembantu klinik menyerahkan surat cuti sakit kepadaku. Ikutkan hati memang aku penat sangat. Penat mengharungi kehidupan harian yang agak padat. Tak apalah demi insan tersayang...Amsyar yang dari tadi menanti dalam kereta sudah tarik muka seposen...Marah la tu..lama sangat tunggu..alah baru 10 minit kot...puas pujuk akhirnya dia senyum jugak pada aku..

Perjalanan diteruskan dan aku terpaksa memecut untuk ke kelas yang sudah 10 minit lambat. Tak boleh jadi ni, kena call Niza...

"Hello sayang..mummy lambat sikit. You all carry on dulu..."

"Ok mummy..."

Nasib baik dapat student yang understanding. Tiba-tiba kesyahduan menyelubungi. Kenapa di saat-saat ini, lagu ini berkumandang di radio? Dah le hampir 24 jam tak online...bengang giler aku dengan seseorang...nak dengar ke nak tukar channel? Kalau dengar sure. nangis, bermakna sangat liriknya...ni semua salah sendiri le..terperangkap dengan cinta Adi yang tidak pernah padam dalam diri...siapa yang aku nak tipu? diri sendiri? Memang aku tak dapat lupakan dia tapi aku juga tak ingin nak bersama dia lagi. Cukuplah lima tahun bercinta tak ada hasil..buang masa je...tapi aku tak boleh tipu diri sendirikan? Aku masih rindu pada nasihat-nasihat dia. Aku masih rindu pada perhatian dia....warkah-warkah bersulam nasihat, hadis-hadis dan petikan artikel yang dirasakannya berguna untuk kehidupanku. Salah aku ke? Salah aku ke kalau aku hendak meneruskan pengajianku? salah aku ke tak tunggu dia? Salah aku ke?...persoalan-persoalan yang tidak pernah ada jawapan kecuali satu...aku dan dia memang tiada jodoh. Easy said then done.



"

1 comment: