Wednesday 17 July 2013

BAB 2

Pagi ini aku nekad. Aku harus bersemuka dengan Tita Elise. Hanya dia yang mampu memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang berlegar di fikiranku kini.

"Tita Elise, sabihin sa akin tungkol sa aking nanay"

Desakan yang datang dari anak buahnya, Nicholas sudah lali dipendengaran Elise. Bukan dia tidak menjangkakan peristiwa ini pasti berlaku. Sudah hampir 20 tahun dia cuba merahsiakannya dari pengetahuan anak buah kesayangannya itu. Pemergian Danny, abang sulungnya yang juga merupakan anak lelaki tunggal keluarga de la Cruz, telah menyebabkan rahsia itu perlu dirungkaikan. Wasiat terakhir Danny harus ditunaikannya. Dia sedar dia tidak boleh berselindung lagi.

" I guess it's time to let you know the truth"

Tita Elise memulakan ceritanya. Aku mendengar dengan debaran di dada. Mummy...wanita yang bertanggungjawab melahirkanku ke dunia ini. Mummyku yang masih hidup. Jasmin de la Cruz masih hidup. Habis tu siapa yang dikuburkan di tanah perkuburan milik keluarga kami? Ah! persoalan itu tidak penting. Apa yang lebih utama kini adalah menjejaki ibuku.

“ Tita Elise, I need to see her…where is my mummy? ”

Hindi ako sigurado na siya ay ngayon" 

"maaari kang makatulong sa akin mahanap ang kanyang?"

Puas mendesak akhirnya Tita Elise mengalah. Perkhabaran yang sangat lama kutunggu.

"Siya ay nasa Malaysia ngayon"

"aking mummyku sa Malaysia?"

"oo, siya ay nasa Malacca"

Tita Elise menulis alamat terakhir mummyku di Malaysia. Kesian mummy. Dipisahkan dari papa semata-mata kerana cinta mereka dihalang kedua belah keluarga. Menurut Tita Elise, papa amat mencintai mummy. Perbezaan agama menjadi penghalang cinta mereka. Papa akhirnya memeluk agama mummy dan mereka berkahwin dengan bantuan seorang kenalan papa. Kata Tita Elise, kenalan papa namanya Idlan Iskandar. Seorang usahawan Melayu yang berjaya dalam industri perabot. Malahan hampir semua rangkaian hotel milik de la Cruz mengimport perabot jati keluaran syarikat milik Uncle Idlan. Tita Elise menyerahkan sekeping kad perniagaan padaku. Jelas kelihatan nama dan alamat Id Furniture Gallery tertera di permukaan kad tersebut. Yes! kunci kearah pertemuanku dengan mummy. Sebagai rakan perniagaan papa sudah pasti Uncle Idlan Iskandar dapat membantuku mencari mummy. 

Kakiku menapak meninggalkan ruang pejabat Tita Elise yang merupakan "Vice President" de la Cruz International. Keinginanku untuk mencari mummy semakin tidak terbendung. Rasa rindu untuk menatap wajahnya. Memeluknya , melepaskan kerinduan yang tidak tertahan rasanya. Sungguh aku rindukan mummy. Rindu belaian seorang mummy yang tidak pernah kukecapi. 

Semenjak membaca surat yang dititipkan mendiang papa padaku, hati sudah tidak keruan. Rasanya ingin sekali aku terbang ke Malaysia, tanah tumpah darah ibu kandungku. Tapi ke mana harus aku pergi? Di mana harus aku mulakan pencarian ini? Semua persoalan itu kini sudah terjawap. Akyu harus segera ke sana.

“Saan ka galling( kamu nak ke mana)?”

“Nicky, saan ka galling( kamu nak ke mana) ”


Nicholas terus melangkah kaki meninggalkan ruang pejabat mewah De la Cruz International tanpa memperdulikan pertanyaan ibu saudaranya. Matlamatnya kini hanya satu…mencari ibu kandungnya yang disangkakan telah meninggal dunia. 



"Cristine, please book a flight to Malaysia for me"

"Kapag nais mong maging ginoo?"

" As soon as possible"

Lega rasanya apabila PA papa yang kini merupakan PA ku sangat cekap orangnya. Bukan sahaja menempah tiket kapal terbang malahan beliau yang sememangnya sangat berpengalaman dalam melakukan kerjanya telah menempah hotel penginapanku selama di Malaysia. Aku meninggalkan pesan pada Cristine bahawa aku akan bercuti ke Malaysia selama dua minggu sebelum aku menerima tanggungjawabku sebagai President De la Cruz International. 

"Mummy...I'm coming.."





2 comments:

  1. Akak cepat sambung..what happen next! menarik..pandai akak tulis..camne akak leh buat dialog filipino ni??

    ReplyDelete
  2. Tq Di, harap2 kali ni bleh siap satu novel.

    ReplyDelete