Thursday 18 July 2013

BAB 3

"Ibu, Indah pergi kerja dulu ya..." tangannya yang lembut kukucup ketika tunduk bersalam. Kupeluknya lama. Dia masih seperti pertama kali menjejakkan kaki ke rumah kami kira-kira sepuluh tahun lepas. Diam membisu. Tiada sebarang reaksi. Adakalanya aku tertanya-tanya apa agaknya peristiwa duka yang telah dilaluinya sehinggakan dia seakan hidup dalam dunianya yang tersendiri. Pernah juga aku memerhatikannya dari kejauhan. Pernah juga aku dengar dia menyebut-nyebut nama seseorang. Danial. Siapa Danial? Papapun satu, entah bila baru dia nak cerita siapa sebenarnya Ibu Jasmine. Seingat aku semasa papa dan mama membawa pulang ibu ke rumah kami, aku telah disuruh memanggilnya dengan gelaran Ibu. Papa memastikan ibu dijaga dengan penuh perhatian. Pernah juga Along bertanya adakah dia ibu tiri kami, papa hanya tersenyum kemudian memandang ke arah mama. Mama pula diam membisu. Akhirnya aku dan Along diam sahaja.

Aku akan bersalam dan memeluk mama, papa dan Ibu Jasmine sebelum melangkah keluar rumah untuk ke tempat kerjaku. Ibu masih begitu. Diam seribu bahasa. Mama dan papa mengingatkanku agar berhati-hati memandu. Syukur rasanya selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di UK, aku telah ditawarkan mengajar di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Entah kenapaku lihat wajah tua ibu yang masih cantik seakan merenung jauh ke mataku. Apa agaknya yang difikirkan ibu? 

"Good morning, Dr." seorang pelajar memberi salam.

"Morning, Izzati. Anything?"

" I just want to reconfirm about our meeting this afternoon."

" Yes, I need to see all the members by 4.30"

Izzati menggangguk dan setelah memastikan tempat perjumpaan, gadis manis itu memohon diri untuk ke kelas. 

Aku perlu menyiapkan kertas kerja untuk mewujudkan sebuah 'Student Business Centre - KBM SBS' di kampus ini. Beberapa sebut harga kiosk telah kuperolehi semalam. Ikutkan perancangan asal, aku perlu berunding dengan pihak Syarikat Air Melaka Berhad untuk menyewa ruang legar Bangunan Graha Maju bagi menempatkan kiosk-kiosk yang akan digunakan pelajar untuk berniaga. Nampak gayanya perancangan perlu kuubah memandangkan petang semalam sudah ada orang lain yang mendahului niatku. Beberapa buah meja beserta dua buah peti ais telah disusun kemas memenuhi salah satu sudut bangunan. Bukan UiTM sahaja yang menyewa bangunan 13 tingkat  milik Syarikat Air Melaka ini. Bangunan ini juga turut disewa sebuah bank di aras G, sebuah pejabat peguam di tingkat 7, Jabatan Sungai dan Saliran di tingkat 9 dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka di tingkat 11, 12 dan 13. Agaknya KPM kot yang dah mendahului perancanganku. 

Jariku menekan nombor sambungan Prof. Sha. Mentorku ini pasti ada idea untuk rancanganku yang tergendala sebelum bermula.

"Salam Prof... Indah ni."  

" Hello dear, apa cer...call pagi-pagi ni?"

Laju je mulutku menerangkan niat sebenar pada Prof kesayanganku ini. Dia yang merupakan bekas pensyarah OB semasa aku melanjutkan pengajian peringkat sarjana, sangat aku hormati. Seorang pensyarah yang mudah didekati pelajar-pelajarnya. Mungkin kerana sifat semulajadinya yang peramah dan tidak pernah loket menghulurkan bantuan saat kami memerlukan.

Aku masih ingat betapa aku terhutang budi padanya. Peristiwa itulah yang membolehkan aku masuk kelas sarjana walaupun tarikh tutupnya sudah lama berlalu. Puas aku merayu pada satu petang Rabu di awal Januari 2008. Akhirnya dapat juga aku menyambung pengajian di situ. Semuanya menjadi kenyataan dengan bantuan Prof.Sha. Tamat sarjana dengan jayanya sehingga dianugerahkan "Excellent Master Award" pada Majlis Konvokesyen UiTM kali ke 76, aku telah ditawarkan menyambung pengajian PhD di London Business School selama 3 tahun di bawah tajaan UiTM.

Akhirnya Prof.Sha yang kini menjawat jawatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar telah bersetuju agar ruang legar di tingkat 1, Bangunan Graha Maju dijadikan lokasi KBM SBS. Aku berterima kasih atas jasa baiknya menyokong cadanganku. Fuhh! selesai separuh tugasku. Jam di dinding kulihat sudah menunjukkan masa untuk aku ke kelas. Fail biru di atas meja kucapai sebelum melangkah ke bilik kuliah G3-14. 

Aku memberi salam kepada sekumpulan murid yang sudah sedia berada dalam bilik kuliah G1-14. Beberapa orang pelajar lain mengetuk pintu yang baru kututup.

" Sorry Dr. "

Aku hanya mengangguk dan membenarkan mereka masuk. Setelah memastikan tiada lagi pelajar yang akan masuk aku memulakan kelas. Topik hari ini " Creativity in Business". Sengaja aku menulis topik tersebut di atas papan putih dan meminta pelajar berbincang dalam kumpulan kecil selama 20 minit sebelum setiap kumpulan kupanggil untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Kemudahan wifi yang disediakan memungkinkan pelajar mencari maklumat melalui internet sewaktu perbincangan dijalankan. 

"As for conclusion, we agreed that creativity is part of ingredient to sustain the competitive advantage of a business." Saiful Azrin menyimpulkan perbentangan kumpulannya. 

" How about the rest of you? Any comment of your friends presentation?" Aku cuba mewujudkan suasana perbincangan ilmiah dalam kalangan pelajarku. Memang seronok mengajar pelajar Sarjana. Masing-masing matang dan mampu mengulas setiap topik yang diberikan dalam tempoh yang singkat. Pengalaman kerja mungkin antara faktor pelajar Sarjana lebih matang dalam mmbahaskan isu-isu yang dibincangkan.

"Dr, I agreed with what Saiful has mentioned, creativity is necessary in business but its innovation that keeps customers coming back. Innovation ensure that customers satisfaction being taking care of." Khairil Fitri menambah.

Zarika Azlin yang kulihat dari tadi seakan berfikir, memberi isyarat dia ingin menyatakan sesuatu. 

" Yes, Azlin."

"Dr, creativity is the basis of invention and innovation. It is compulsory for entrepreneur in order to start a new venture. With creative mind, entrepreneur can invent a new products or innovate current products to satisfy the needs and wants of human being. Creative strategy is needed to sustain the competitive advantage or I would rather say that a creative and innovative strategy implemented with thorough  evaluation will lead to business enjoying sustainable competitive advantage. Samsung for instant launch advertisement of S5 after six months launching of S4 model."

 " I couldn't agree more with what you have mentioned. Thank you Azlin. " Perbincangan diteruskan sehingga masa tamat. Sebelum kelas berakhir, aku mengingatkan pelajar-pelajarku akan tugasan yang perlu mereka siapkan untuk perbincangan minggu hadapan.

Deringan telefon menggangu tumpuanku. Suara seseorang yang kukenali memberi salam.

"Insya Allah, hujung minggu depan abang balik"

Tidak sabar rasanya menunggu tarikh yang dimaksudkan. setelah hampir dua tahun bertugas di Australia, akhirnya buah hati mama akan pulang jua ke tanah air. Mesti papa dan mama juga tidak sabar menunggu kepulangan insan yang sangat mereka rindui. Ibu Jasmin pasti tersenyum kembali.

Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan.

" Yes, coming"

"Dr, everyone's here already"

" Oh my...it's time isn't it?"

Izzati tersenyum melihat reaksiku. Sepantas mungkin, kaki kuatur  melangkah agak laju ke tempat perjumpaan. Selain mengajar, satu lagi minatku yang membahagiakan adalah berada di laut. Sama ada sekadar berenang atau snorkeling. Ada juga tergerak hati untuk belajar menyelam. Mungkin cuti semester akan datang. Jenny, sahabat baikku semasa di LBS dulu selalu menyatakan hasratnya untuk melawat Malaysia semata-mata untuk menyelam di pulau-pulau yang banyak terdapat di negara ini. Katanya antara pulau yang pasti ingin diterokainya ialah Pulau Mabul, Tioman, Redang dan Perhentian. Masa itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bangganya aku jadi anak Malaysia. Orang asing puji negara kita cantik, mestilah banggakan? Tiba-tiba teringatkan Jenny...Entah apa khabar dia sekarang. Agaknya sibuk menguruskan salah sebuah syarikat milik keluarganya. Siapa yang tidak kenal dengan De la Cruz International. Salah sebuah konglomerat terkenal dari Filipina yang menjalankan perniagaan dalam industri minyak dan gas, juga turut memiliki rangkai hotel lima bintang yang terkemuka. Jenny yang peramah tapi tidak pernah sekali pun bercerita mengenai keluarganya yang kaya raya. Aku pun mengetahuinya secara kebetulan setelah dia menjadi "roomate" masa di sana.

Perjumpaan pertama Kelab Pelayaran yang baru ditubuhkan. terdapat lebih kurang 15 orang pelajar sedang menanti kedatangan kami. Setelah memberi salam dan menerangkan tujuan perjumpaan, aku meminta pelajar membentuk jawatankuasa bagi memudahkan urusan pendaftaran kelab dengan pihak Unit Pengurusan Ko Kurikulum UiTM.

" We will learn how to sail every weekend"

"Dr, beside learning to sail, what else will be our activity?"

" What do you think?" pertanyaan dibalas pertanyaan. Biarkan mereka berfikir. Sengaja berbuat demikian bagi memastikan pelajar dapat menyumbang idea.

" Snorkeling?" dapat kulihat sinar kegembiraan di mata Puteri Alia. Pasti dia pun suka aktiviti snorkeling macam aku juga.

" Agree." Syafiq dan Farhan serentak bersetuju.

" So...snorkeling. Where?"

" Dr., Perhentian atau Mabul?"

" Ok, cuba cari info lanjut tentang pulau-pulau tu.."


Pertemuan secara tidak sengaja dengan Jurulatih Pasukan Pelayar MSN Negeri Melaka tempoh hari telah membuahkan satu idea mewujudkan sebuah kelab minat di sini. Kesudian En Khambali menawarkan diri untuk melatih pelajar-pelajar yang berminat amat aku hargai. Ekoran itulah tertubuhnya Kelab Pelayaran yang akan memulakan latihan minggu hadapan. Aku pun sudah tidak sabar hendak mempelajari sesuatu yang baru. Laut biru yang terbentang luas...oh indah dan nyamannya...














1 comment:

  1. kak Z...next chapter pls???hehehe...u hv dat talent kak...good job..!!

    ReplyDelete