Sunday 28 July 2013

BAB 6

Suasana petang di Pantai Puteri sungguh nyaman. Ramai ibubapa datang membawa anak-anak kecil bermain di taman permainan yang disediakan. Tidak kurang juga yang berjogging di tepian pantai. Kelihatan juga beberapa buah khemah didirikan di kawasan khas perkhemahan. Mungkin kumpulan pelajar sekolah sedang ber'camping'. Jelas kelihatan bulatan sisa unggun api di kawasan berdekatan khemah. Sah le tu...mungkin budak-budak pengakap atau Kelab Kembara. Senyuman terukir dibibirnya. Tiba-tiba teringat sewaktu dia dan rakan-rakan kolej mengikuti program 'camping' di Gunung Ledang satu ketika dulu. Teringatkan Lan, Adi, Epol, June, Anor, Dell, Asraf, Jai,Yani, Shay dan Celine. Dan satu per satu wajah mereka muncul di kotak ingatannya. Masih tergiang-giang di telinga petikan gitar yang dimainkan oleh Adi. Lagu permintaannya..."More than Words" . Adi bersungguh-sungguh cuba memainkan lagu tersebut tapi akhirnya dia mengalah. Katanya susah nak main lagu itu. Indah tahu mungkin agak keterlaluan tapi jauh disudut hatinya tika itu, dia ingin lelaki yang muncul dalam hidupnya kemudian hari nanti boleh mainkan lagu tersebut untuknya. Sangat romantikkan? 

Ingatannya juga tidak terlepas pada luahan perasaan Lan pada malam mereka membina unggun api dan bergilir-gilir menyatakan apa yang mereka harapkan selepas tamat belajar. Antara kata-kata Lan, dia ingin membina sebuah keluarga dengan 4 orang anak. Setiap kali  bercerita tentang impiannya sepasang mata Lan tidak pernah lepas dari wajahnya. Bukan dia tidak faham semua yang Lan ucapkan ditujukan buatnya. Bukan juga dia sengaja menolak hasrat Lan. Tika itu impiannya hanya satu untuk menjadi seorang pensyarah universiti. Dia sudah merancang untuk menyambung pengajian sehingga memperolehi PhD. 

"Indah..?" lamunannya terhenti kala ada yang menegur. Si hazel! Eh...apa mamat sorang ni buat kat sini?

"It is really you then." Si hazel menghadiahkan senyum manis padanya. Hampir cair hatinya melihat senyum tersebut. Jangan nak 'fall for him', pesan Indah pada dirinya . He is a total stranger. He is?

" What a coincident..." perasaan bercampur baurnya cuba disembunyikan. Ada rasa gembira dapat menatap mata si hazel tapi risau juga bertemu dengan si Hazel sekali lagi. Kat tepi pantai pulak tu. Dia stalker aku ke? Sangkaan buruk kembali muncul di minda.

"Yeah...what are you doing here?" Eh..suka hati le nak buat apa...yang si hazel ni menyibuk apasal.

" I love being here...how about you. What are you doing here?" Kepoh pulak nak tahu hal orang.

" Actually, I am looking for someone" si Hazel, gelaran Indah pada Nicholas. Wah, cari seseorang. Siapa? Awek dia ke?

"Your long lost girlfriend?" what a question. Biar le dia nak cari siapa pun yang ko menyibuk apasal? hati kecil Indah berkata-kata. Dilihatnya Nicholas menghadiahkannya sebuah senyuman. Sinis sahaja kelihatannya.

"No, I don't have a girlfriend" aik, muka punyalah handsome tapi mengaku tak ada girlfriend. Rasa tak caye je...Apa kena dengan aku ni? Indah bersoal jawab sendiri. Di lihatnya Nicholas masih tersengih dengan pertanyaannya.

"I don't believe in falling in love before marriage" selamba aje si Nicholas ni keluarkan statement. Fuh! ayat tak boleh blah.

" Wow, this is the first time I hear the statement from a guy." 

" I try to save myself for someone worth it."

Bulat mata Indah dengan ayat tak boleh blah si Nicholas. Ayat-ayat yang sama yang di'kempen' oleh Sir Khairil Anas pada dia dan rakan-rakan perempuan yang lainnya dalam salah satu aktiviti kolej. Kata Sir Khairil Anas...jahat manapun seseorang lelaki tu, dia tetap inginkan perempuan yang baik sebagai peneman hidupnya." Save the best for the last - hadiahkan diri awak yang masih suci untuk suami awak yang sah". Memang masa tu, aktiviti 'couple', 'clubbing' dan 'part-time GRO' merupakan aktiviti pelajar yang merisaukan pihak pentadbiran kolej. Yang memang sah pelajar yang berasal dari bandar sudah menganggap 'clubbing' sebagai salah satu aktiviti hujung minggu. Bak kata Mukriz, can't leave without it. Yang Sir Khairil Anas cuba selamatkan adalah para pelajar perempuan yang berasal dari kampung, yang turut terjebak dengan aktiviti tersebut. Mungkin pengaruh kawan, mungkin juga disebabkan kejutan budaya. Almaklumlah mak bapak jauh. siapa hendak larang. Lagipun, dengan bekerja sebagai 'part-time GRO' mereka dapat kumpul duit untuk hidup mewah berbanding pelajar lain. Kelebihan pelajar kolej ni, mereka rata-ratanya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. 'Client' mereka sudah pastilah...mat salih mata biru yang tebal poket. Ada yang terus 'melekat' jadi 'mistress'. Pelajaran entah ke mana. Terkilan juga Indah mengenangkan ada rakan-rakannya yang hanyut dengan keseronokkan sementara. Nasib baik dia tidak diuji sebegitu. Nasib baiklah abangnya Idham Wafi sentiasa memantau perkembangan dirinya. Papa dan mama juga tidak putus-putus berpesan agar sentiasa menjaga nama baik keluarga. Sementahlah papa sememangnya dikenali ramai. Mana papa nak letak muka kalau dia buat perkara tak senonoh dan kantoi diketahui umum.

Nicholas terus bercerita. Tentang kisahnya sedang mencari ibu kandung yang terpisah sejak kecil. Kesian dia, tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Tak baik berburuk sangka dengan orang lain. 

" Hey, are you listening?" haha..dah kantoi. Itulah  akibatnya kalau asyik mengelamun saja. Duduk kat bangku yang disediakan di tepi pantai sambil merenung lautan yang terbentang luas depan mata, memang mengasyikkan. Bayu lembut yang bertiup mengelus pipi gebunya, sungguh mengkhayalkan. Teguran Nicholas mematikan lamunan. Mengelamun sememangnya sudah jadi satu habit pada Indah sejak akhir-akhir ini. Teringatkan kawan-kawan kolej, teringatkan mimpi-mimpi yang dialaminya, teringatkan ibu kat rumah yang tidak diketahui apa cerita di sebalik seraut wajah ayu yang jelas menyimpan seribu satu rahsia. Hanya kala sendiri atau waktu lepak-lepak tepi pantai ni saja dia mampu layan perasaan. Kalau waktu kerja,  jangan harap ada waktu nak berangan.

" I have been thinking, how lucky I am to have my mama and my ibu." Nicholas tercengang dengan kenyataan Indah.

" I have two mothers..." Indah menjelaskannya. Nicholas yang dari tadi merenung laut sambil bercerita memandang muka Indah kembali.

" Two mothers? How lucky you are." seakan tidak percaya ketika dia menunjukkan dua jarinya kepada Indah.

" Yep..." Indah mengganguk mengiakan. 

"How are you going to find your mother then?" Indah kembali pada topik asal kisah si Nicholas.

" I have to meet someone, he knew about my mother."

"Then, why don't you?"

"He's not around, next week, I have set an appointment with him. " entah kenapa hatinya rasa tenang bersama Indah. Seorang gadis yang sangat manis pada pandangan matanya. Mudah pula dia bercerita permasalahannya kepada gadis yang baru dikenalinya. Tapi Nicholas yakin, Indah seorang yang baik. Bahasa badannya dan pertuturannya agak seiring walaupun Nicholas dapat membaca ada waktu-waktu tertentu Indah cuba untuk tidak bersangka buruk dengannya. Mungkin sebab dia tidak punya kawan di sini. Apa kurangnya di Filipina. Dia sebenarnya tidak ramai kawan. Kawan-Kawan rapatnya, kawan yang dikenali semenjak berada di kolej hanyalah James, Takashi dan Shake. James sudah menguruskan syarikat hartanah milik keluarganya di US. Takashi - pemuda kacukan Korea Jepun, sedang menjalankan perniagaan telekomunikasi berpusat di Seoul. Dan Shake, pemuda Arab yang merupakan pewaris syarikat minyak dari Iraq, yang sudah lama tidak ditemuinya. Ada juga sekali dua dalam sebulan mereka berempat berhubungi melalui Skype. Kesibukan masing-masing mambataskan komunikasi sesama mereka.

" I pray that you will meet her soon." ikhlas Indah doakan si Hazel bertemu semula ibunya. Tersentuh hati mengenangkan ada insan lain tidak merasa kasih sayang seorang ibu sedangkan dia tidak pernah luak dengan kasih sayang mamanya. Juga Ibu Jasmine. Walaupun Ibu Jasmine tidak pernah bersuara sepanjang pengelanan mereka tapi Indah merasai kehangatan pelukan Ibu Jasmine setiap kali beliau memeluknya. 

Deringan telefon Nicholas menggangu perbualan mereka. Nicholas memberi isyarat bahawa dia perlu menjawap panggilan tersebut. Usai berbual di telefon, Nicholas tersenyum girang. Pelik mamat ni. Kejap muka ketat, kejap dah ceria semula.

" My cousin is coming to accompanied me." tanpa dipinta Nicholas bercerita, jelas kelihatan muka gembiranya. Indah menganggukkan kepalanya.

" I am happy for you.." 

Indah memohon diri untuk pulang setelah jam menunjukkan pukul 6.50 petang.

"Indah, thank you for listening." ikhlas Nicholas bersuara, sekali lagi Indah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Melihat Indah berlalu pergi, Nicholas berdoa dalam hati semoga ada pertemuan lagi. Dia senang dengan kehadiran gadis itu. Sebaik kelibat Indah hilang dari pandangan matanya, Nicholas melangkah meninggalkan pantai yang setia di situ tanpa mengetahui di pantai itu jugalah papanya bertemu dengan ibunya untuk pertama kalinya.

No comments:

Post a Comment