Wednesday 11 June 2014

Pengenalan

Keletihan tahap tak tahu nak cakap apa sudah. Itulah yang aku rasai kini. Tugas baru yang sangat mencabar. Hmmm...tugas baru jadi mencabar sebab, hakikatnya memang sukar seseorang yang dominan otak kanan hendak melakukan tugasan dominan otak kiri. Suruhlah aku berangan dan bagi idea-idea baru, Insha Allah tidak ada masalah. Kalau hendak suruh aku tulis lirik lagu pun aku suka. Tapi entah kenapa walaupun tahu aku memang tidak begitu gemar akan tugas-tugas menganalisis angka, aku menerima juga tugasan baru ku ini. Aku tidak ada pilihan masa tu...ya ke aku tidak ada pilihan? Hmm...terima atau tidak tawaran tugasan baru, aku tetap kena lakukan tugasan tersebut sehinggalah ada orang baru datang dan menjalankan tugasan tersebut. Makanya, aku memang tidak ada pilihan lain melainkan menerimanya. Jika ditolak lagi parah sebab kena buat dua kerja yang berbeza dalam satu masa. Tugasan hakiki dan menjalankan tugas baru ini. Lagilah tidak cukup kaki tangan dibuatnya. 

Penat dengan urusan kerja, aku lupakan seketika urusan yang tertangguh tadi dan cuba reflek pada impian dan cita-citaku. Kata orang bijak pandai  " life began at 40". Inilah dilema aku kini. Sasaran asal adalah menamatkan pengajianku dan bergelar doktor falsafah pada atau sebelum umurku mencecah 40 tahun. Menghitung hari, ternyata impianku ini akan hancur berderai kerana aku hanya ada lebih kurang setahun setengah sahaja lagi. Mana ada orang buat PhD dalam tempoh sesingkat itu. Paling kurang pun dua tahun setengah. Itu memang aku pernah dengar. Bohonglah kalau aku katakan aku tidak cemburu melihat ramai rakan-rakanku sedang dan akan tamat pengajian masing-masing dalam tempoh terdekat. Aku gembira mereka berjaya tapi aku juga sedih sebab impianku masih tinggal impian. Secara zahirnya ternyata keputusan menerima tugas baru ini semakin menjauhkan aku dari matlamat untuk menyambung pengajian. Apa tidaknya, aku perlu bekerja sehingga lewat petang. Celah mana pula aku hendak luangkan masa membaca dan menyiapkan tesis? Jangan kata tesis, 'proposal' pun belum tentu mampu kusediakan. 

Mana boleh mengalah macam itu sahajakan? Aku akan cuba. Bukankah tuhan pandang pada usaha hambanya? Apalah aku hendak susah hati sangat. Allahkan ada? Minta pada Allah bukannya pada manusia. Kalau Allah hendak bagi, tak ada makhluk boleh halang. Itu apa yang aku pelajari dalam kuliah Ustaz Halim.  Rindunya hendak masuk kelas dan belajar. Rasa rindu sangat-sangat. Kalaulah dapat kerja mengajar dekat universiti, mesti seronokkan? Kalau cakap pasal belajar, aku memang suka. Rasa tidak pernah puas duduk di bangku sekolah. Memang kebebasan tahap maksima aku rasakan masa aku masih belajar. Bebas menyatakan pendapat dan ideaku. Bebas bergerak ke sana ke mari di sekolah.  Gembiranya aku masa dulu. Kini? entahlah. Hendak kata gembira macam tidak jer.
Macam mana hendak gembira kalau kena belajar perkara baru tapi yang hendak mengajarnya sekejap ada sekejap tidak. Jangan salah faham.Aku bukannya merungut tapi rasanya semua manusia normal akan alami apa yang aku alami kini. Tekanan sampai rasa hendak terjun kolam. Hmmm...memang sejak pegang jawatan baru ini, acapkali juga aku lepaskan tekanan dekat kolam renang. Itu jauh lebih baik dari aku makan. Memang tidak dinafikan berat badanku semakin bertambah sejartk pegang jawatan baru. Apa tidaknya asal 'tension' saja, aku akan cari  variasi "cheese cake'' dekat Secrect Recipe. Coklat Cadbury yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana dikatakan mengandungi DNA babi pun sudah berkarton aku telan. Coklat jenama tersebut memang kegemaranku. Tapi sejak isu tersebut timbul, aku sudah haramkan diriku untuk menyentuhnya. Biarlah sekejap cakap haram sekejap cakap halal, kalau sudah was-was memang aku tinggalkan saja. Banyak lagi benda lain boleh dimakan. Malaysia sememangnya negara yang kaya dengan sumber makanan. Tidak hairanlah mengikut kajian entah aku lupa dari mana sumbernya, satu daripada 3 rakyat Malaysia mengalami obesiti. Hahahaha..kebetulan pula, memang betul pun. Adik beradik aku ada 3 orang manusia termasuk aku. Dan dalm 3 orang manusia tersebut aku mengalami obesiti. Bak kata abang Ezam, "engkau memang pokok ceri, dik" .  Abang aku yang sorang ni memang laser tak boleh blah...tapi aku sayang dia. Adik aku pulak, " kak, hang ni memang setiap kali jumpa naik 3 kg ke? " Nasib-nasib...

Hmm...sedikit pengenalan tentang aku. Nama aku Ayu. Tapi Tok Su selalu cakap aku sikit pun tak ayu. Kenapa ek? Sebabnya masa kecik sampai alam remaja, aku punya perangai kalah budak lelaki. Apa tidaknya, seumur hidup, dibesarkan bersama abang, adik, sepupu-sepupu yang semuanya lelaki. Tidak hairanlah kalau aku jadi nakal dan perangai macam dia orang. Idola aku adalah abang aku. Nanti-nantillah 'story' pasal abang aku yang satu tu. Mata sudah berat. Nak beradu dulu.







No comments:

Post a Comment