Sunday 5 July 2015

I'm back on the journey again

17 Ramadhan 1436H,

Hari ini setelah hampir setahun aku tidak menulis, akhirnya tergerak hati untuk kembali melawat blog aku yang dah bersarang. Novel yang aku rancang masih belum sempat aku habiskan. Larangan seorang sahabat dari aku terus menulis dan membiarkan kemungkinan ada makhluk tuhan yang bakal 'mencuri' idea dan cerita aku ternyata memberi kesan. Niat sahabat tersebut baik. Aku pula, dalam tempoh setahun ini, macam-macam perkara terjadi. Jiwa rasa kosong, heart wants what it want and I want to study. Well, tak banyak pun perkara besar yang aku inginkan untuk diri sendiri. My PhD, My Hajj and My foundation. Sikit jerkan? Tu impian untuk diri sendiri, impian untuk anak-anak dan untuk Yev, biar Allah saja yang tahu.

PhD aku memang belum secara formal bermula. Ada hikmahnya apa yang berlaku. Lepas dua tahun tunggu 'scholarship' MARA, aku putuskan tahun ni aku x mau kacau peluang rakan-rakan yang betul-betul nak sambung belajar kat dalam negara. No more TEP for this year but MARA did offered CBBP untuk PhD dalam negara. Memang aku tak sanggup nak 'down graded' impian aku nak buat Phd kat 'oversea'. Alang-alang nak belajar biar pi jauh-jauh, belajar dengan yang pakar. Bukan ler nak cakap kat Malaysia ni xder yang pakar tapi aku nak ler merasa belajar dalam suasana baru. Dari degree sampai master dah buat kat Malaysia. Lagipun, aku nak belajar dari qualitative experts. Berangan nak buat kajian ethnography macam dalam Nat Geo. Kalau researchers NatGeo gi gurun nak kaji pasal 'leopard', 'lion' bagai, aku pulak nak buat ethnography nak kaji, the strategy of new venture. Boleh ke? Kenapa pulak tak boleh? Aku memang x percaya pada ' give up' . Selagi aku mampu, selagi aku bernafas, aku akan usahakan jugak impian aku yang satu ni. Bukan nak sangat bergelar Dr. Zarmila tapi lebih pada membuktikan pada diri sendiri dan sebagai inspirasi untuk anak-anak. The Malays can do it. The Muslim Malay lady can do it. Aku benci dengan ayat '  Orang Melayu malas. Orang Melayu mengharapkan subsidi semata-mata' ...huhh...bab subsidi ni memang aku tak nafikan, aku memang perlukan bantuan MARA untuk sambung pengajianku. Well, aku dah bayar kot semua pinjaman pengajianku dengan MARA. Dan rasanya 11 tahun berkhidmat dengan MARA, aku telah dan masih memberikan yang terbaik. Master aku kat UiTm seposen pun x guna duit MARA kot. Aku guna semua 'saving' aku sepanjang 9 tahun kerja. RM18K utk MBA. Berbaloi x? Dan perasaan nak jadi yang terbaik lebih kuat bila kenangkan aku belajar guna hasil titik peluh aku sendiri. Alhamdulillah, tamat gak sebagai salah seorang pelajar terbaik dan terima ' Excellent Master Award' dari Pro-chancellor masa konvo tahun lepas. Belajar memang best, lagi best kalau dapat belajar sama-sama dengan Yev. Tapi entah ler, aku tak mau paksa Yev buat perkara yang aku suka, yang belum pasti dia suka. He is a free soul as I am. Sebagaimana aku tidak suka dikongkong aku juga xmo nak kongkong orang yang aku sayang.

Yang lebih utama, aku ingin sentiasa dekat dengan ilmu. Aku mencintai ilmu, sangat-sangat gembira bila sepanjang pencarianku, Allah 'menghantar' bantuan-bantuannya melalui mereka-mereka yang hadir dalam kehidupanku. Melalui penulisan Heidi dan rakan-rakannya yang kukenali ketika berkesempatan menyertai SEE Price Babson tahun lepas - 'Teaching Entrepreneur' aku temui Effectuation Theory. Menarik dan sekarang aku terus mencari. Akhirnya pagi ini, di hening subuh yang syahdu, dalam usaha membantu seorang rakan maya (FB) mencari buku-buku keusahawanan, Allah temukan aku dengan laman sesawang www.effectuation.org. Ada video Dr Saras Saraswathy, dan tidak sabar rasanya untuk aku mengenali siapakah hamba Allah bernama Saraswathy ini. Menarik sekali kajian PhD beliau. Dalam bidang Strategic Entrepreneurship, aku memang 'hijau'. Walaupun sudah lebih 9 tahun aku mengajar Diploma in Entrepreneurship, cuba-cuba 3 kali buat 'action research' dan 'presented' kat 'local conferences'  rasa macam masih banyak yang aku belum buat. Betul ler ntah sapa kata, or is it hadis?, " lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu' . Alhamdulillah, antara hikmah yang aku nampak kenapa aku belum register dengan mana-mana universiti untuk PhD - walaupun UTEM tu sekadar 'sekangkang anak kera' dengan kolejku dan UiTM Kampus Bandaraya tu jiran sebelah jer, hati masih belum terbuka untuk bergelar mahasiswa secara rasmi. Satu sebab aku baru start menabung semula - hihi...master aku dah licinkan tabungan aku ..kedua, aku nak prepare utk gi umrah, ketiga aku serabut dengan tugasan baru sebagai KUPP, ke empat aku nak sangat gi belajar kat oversea. well...tu sebab utama. Hati aku dah bulat nak gi oversea gak. Nak gak..nak gak...so sekarang aku tengah intai bakal supervisor dalam bidang Strategic Entrepreneurship. University terbaik untuk topik2 camgini ada kat US - the best is University of Pensylavania(Wharton School - sekolah Donald Trump tu...), Kalau kat Europe dan UK - INSEAD dan LBS and kalau tak pun boleh ler try University of Melbourne.  Kalau ler aku kaya...hmmm, aku dah lama angkut Yev, Adam and Amsyar gi oversea. Insha Allah kalau itu yang terbaik untukku dan agamaku, my ship will come soon. Kalau tak pun, aku redha. Yang penting, I have and still try my best.
 
Berbalik pada action plan aku dalam misi mencari topik yang bakal aku kaji, aku cari info tentang ET. hmm...ok...ET tu bukan makluk asing dari planet lain tapi Effectuation theory yang aku baru jumpa. Meronta-ronta hati ini nak tahu lebih lanjut tentang ET ni. Mungkinkah aku sudah temui topik untuk PhDku? Jeng..jeng..jeng...yang pasti kajian aku mesti ada kena mengena dengan strategy, entrepreneurship, education dan if possible, berpaksi pada Al-quran dan hadis. Walau jauh mana pun aku melangkah, banyak mana pun aku telah melakukan dosa, Allah tahu, aku seorang Muslim dan aku sentiasa cuba baiki diri untuk cuba jadi terbaik...'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah'... kerana itu ikrarku 5 kali sehari. Semoga Allah permudahkan usahaku untuk mengenali, menghayati dan meng'utilize' sumber-sumber dari Al-Quran dan Hadis.

Flashback jap,.. Apa yang aku dah buat selama dua tahun ni? Dua tahun lebih selepas aku konvo master? Jiwa kacau, tugas baru yang sangat mengharu birukan kepalaku tapi Alhamdulillah, sekarang, Insha Allah aku sudah memahami hampir 99% tugasku. So, back to my journey, time to literature search. Cukup-cukup ler detour. Sudah masanya aku melangkah kembali ke denai, track PhD yang dah dua tahun aku tinggalkan. Dalam dua bulan ni, aku cari sebanyak mungkin informasi mengenai 'qualitative study' .  Search kat Mendeley, baca semula buku pemberian Heidi yang dibawa khas untukku dari US,  siap autograf lagi -  Mila - stay inspired ...love Heidi. I will... I am still inspired by her. One find day, we will meet again. We will sit together and discuss about entrepreneurship. I miss attending Heidi's classes. She always awed me by her lectures, her writing and she inspired me. Miss Heidi Neck, I wish we will be on the same stage - the symposium, where we both gonna have chances to talk and inspire more youth to embrace entrepreneurship as their chosen career. The rocket pitch opportunity that you have given me do uplift me in certain ways. I am more confident in expressing my ideas and thoughts. The session did have a major impact in my life. I have started on my dreams of having the youth foundation that I pledge on doing during my pitching moments. It is not yet registered foundation but I have used some of the gift from you and my friends to help the needy youth. It is not much but it is the biggest step in realizing the 'love foundation' . I have gathered few friends to start ' little waqf' by providing water filter to supply clean filtered water to all lecturers of KPMBM in memories of our beloved ones that passed away earlier then we are. As for me it is dedicated to my late mom, Allahyarhammah Hajjah Selamah bt Bulat and my beloved bestfriend, Allahyarhammah Shamimah Mohd Noruddin . May peace be upon their soul and praying that one moment we will gathered again in Jannah.  We will, Insha Allah. May the blessing for Allah be upon us and the idea of us together on the same stage will come true soon.

My third dreams is to perform my Hajj. I have registered with TH. Unfortunately my turn is going to be somewhere in year 2065 if I'm not mistaken. Hummm...will i still have energy to perform my duty at the age of 90? I wish it will be earlier then that predicted date. And this year, there's nothing I wanted so much but to visit the holy cities of Mecca and Madinah to perform umrah with Yev, Adam and Amsyar. And if God will, I also wish I can bring along my mother in laws with us. May dream come true soon. I have to take a break for awhile for my eye is getting tired. Since I only relied on one eye, I have to really take care of it :-) . 

Till later, have a blessing Nuzul Quran everyone.








No comments:

Post a Comment