Sunday 21 July 2013

BAB 4

Semenjak awal pagi Nicholas sudah bersedia di Ninoy Aquino International Airport.  Hari ini dia akan memulakan pencarian. Dia akan berlepas ke Malaysia. Penerbangan MAS dari Manila ke Kuala Lumpur memakan masa hampir lebih kurang 3 jam 35 minit. Setibanya dia di KLIA, Nicholas mengambil teksi untuk ke Melaka. Menurut Cristine, dia sudah menempah bilik buat Nicholas di Philea Resort & Spa hotel. Perjalanan ke hotel tersebut mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari KLIA. 


Melaka

Airport Limo yang membawanya dari KLIA berhenti di hadapan "entrance" Philea Resort and Spa. Sebuah hotel berasaskan hutan tropika dengan senibina dan hiasan dalaman yang agak menakjubkan.
Usai pendaftaran di kaunter, Nicholas dibawa ke Philea Suite yang telah ditempah atas namanya. Kamar tidur yang disambung dengan ruang bilik mandi yang amat selesa. Nicholas memerhatikan sekeliling ruang kamarnya sebelum bergerak ke bilik air. Niatnya hanya satu - mandi, kemudian tidur sekejap sebelum keluar mengalas perutnya yang sudah beberapa jam dibiarkan kosong. Deringan telefon bimbitnya membantutkan gerak kakinya ke bilik air.

" Nicky, have you arrive?" suara Tita Elise kedengaran dihujung talian.

" Yeah, I just got here Tita."

"Good, mag-ingat ka anak( jaga diri selalu, anakku)." Tita Julie berpesan sebelum meletakkan telefon. Sejak kecil Tita Elise dan Tita Julie sahajalah tempat Nicholas bermanja selain Lolo dan Lolanya. Sepupu-sepunya yang sudah dianggap saudara kandungnya kini turut menguruskan perusahaan keluarga mereka. Jennifer yang baru setahun menamatkan pengajiannya di LBS juga telah menguruskan salah satu rangkaian hotel keluarga mereka di kepulauan Boracay. Apa agaknya yang sedang dilakukan sepupu kesayanganya itu? Walaupun mereka jarang bertemu tetapi Nicholas amat rapat dengan Jenny. Kemudahan teknologi memudahkan mereka berkomunikasi walaupun mereka berjauhan. Bagus juga kamarnya dilengkapi Wifi. Apa agaknya yang sedang dilakukan si Jenny?

"Hello cousin"

" Nicky, Iniisip kita( saya tengah fikirkan awak)".

" Guess what?"

" What?"

" I'm in Malaysia. Looking for my mum"

Mereka berborak panjang. Macam-macam yang mereka bualkan. Jenny ada menyuruhnya menghubungi 'room-mate'nya semasa di LBS. Katanya sahabatnya itu juga kini berada di Melaka. Jenny juga berjanji akan menghubungi sahabatnya bagi membantu Nicholas di sana. Kalau perlu dia sendiri akan ke Melaka sekiranya jadualnya tidak terlalu padat. Dia juga perlu bercuti. Katanya dia sudah berjanji akan ke beberapa buah pulau yang cantik di Malaysia. Jenny memang penyelam tegar. Pantang ada kesempatan dia akan menghabiskan berhari-hari di laut. menyelam sambil menikmati keindahan dasar laut yang kaya dengan khazanah alam yang masih penuh dengan keindahan. Minatnya pada laut membuatkan Jenny tidak menghadapi sebarang kesukaran tinggal di salah sebuah resort milik keluarga mereka. Bukan sekadar tinggal di sana malahan turut menguruskan hotel dan resort di Pulau Boracay.

"Jenny, Hihintayin kita( saya akan menungu awak)"

" Ok cousin. I see you when I see you"

Talian telefon dimatikan. Berbunyi pula perutnya. Apa tidaknya sudah hampir pukul 4 petang. Baik keluar cari makanan. Takut juga nanti gastrik pula. Bagaimana agaknya rupa mummy? Kenapa daddy dan mummy berpisah? Betulkah mereka berpisah atau dipisahkan?

Pelbagai soalan bermain di minda Nicholas. Semuanya tanpa jawapan. Mungkinkah mummy tidak menyanyangiku? Kenapa dia tinggalkan aku? Tidak rindukah mummy pada anaknya ini. Oh..mummy...sejak mengetahui ibunya masih hidup Nicholas manaman satu azam untuk terus menjejaki ibunya. Biarkan De la Cruz International diuruskan kedua-dua ibu saudaranya. Untuk saat ini, mencari ibunya adalah agenda utama hidup Nicholas. 29 tahun terpisah tanpa sekali pun menatap wajah ibunya membuatkan jiwa Nicholas meronta untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan lagi.




















































No comments:

Post a Comment