Sunday 28 July 2013

More Than Words

Lima tahun lepas...
 
Di suatu petang yang sungguh membosankan. Panggilan telefon dari seseorang yang kurindui membuatkan aku tersenyum gembira. Tanpa fikir panjang aku terus bercerita...

" you, diam sekejap boleh?" apasal pulak tiba-tiba minta diam ni? Bising sangat ke? Aku cuma cerita pasal suasana baru di sini saja bukannya memekik atau menjerit kat telefon ni.

"you...I tau dah lama you tunggu...so, listen to this ok..." terlopong mulut aku. Macamana dia boleh tahu ni? Di hujung talian kedengaran petikan gitar lagu "favorite' aku. 'More than Words' nyanyian kumpulan Extreme. This couldn't be true??? Mana Adi tahu aku suka lagu ni?

Aku menghayati petikan gitarnya dari awal hingga akhir. So..sweet. Is he the one?  ok, list check up. He is smart - best student Sekolah Sains Kluang kot, older than me, physically taller, boleh jadi imam solat, pandai main gitar, sudah ada pendapatan yang stabil,  good listener - selalu layan rengetanku kala aku minta pandangan terhadap idea-idea gila yang tiba-tiba muncul. Tak kira pukul berapa, dia tak pernah merungut kecuali tadi...hihi dimaafkan sebab tengah teruja jumpa juga seorang lelaki yang ada hampir kesemua ciri-ciri lelaki idaman dalam 'check list '.

"so..what do you think?" suara Adi kedengaran agak gembira. Seakan-akan lega pun ada.

" you yang main ke housemate you?" saja nak test. ye lah aku kat sini mana nampak siapa yang petik gitar tu kan?

" you ni...I dah practice lama tau...By the way, I tinggal sorang, k" merajuk la pulak si Adi ni. mana aku tahu dia tinggal sorang. Bukannya aku jiran dia.

"so sweet, thank you..." aku benar-benar menghargainya.

" so, boleh kita keluar lunch esok?" aik...saja nak pancing rupanya. memang la aku dah umpama 'head over heels' dengan dia tapi aku kena jaga juga diri aku ni. Jangan kelihatan terlalu murah.

"itu kena tanya mama dan papa dulu." kedengaran suara Adi ketawa kecil dihujung talian.

" ok, esok kul 12, I datang umah u, jumpa parent u... k?" hush berani pula si Adi ni.Selalu bukan main pemalu. 

"emmm..." belum sempat aku habiskan ayat, Adi menyampuk...

" I bukan cari calon girlfriend, I ikhlas nakkan u." wah, berdebar siot hati ni...dia nak melamar aku ke? 

"Berani ke u jumpa parent I?" saja aku usik Adi.

"Kalau dah suka, I harung je lah.." Adi berkata tanpa selindung. Bestnya...dia suka kita. Gedik la pulak aku ni...

" kalau macam tu, nanti I bagitau parent I." 

Adi menyatakan kegembiraannya. Masuk kali ini sudah 7 kali dia menyatakan hasrat bertemu dengan mama dan papa. Aku sahaja yang tidak sanggup bawa dia jumpa keluargaku. Lagipun as far as I am concern kami hanya berkawan. Tidak ada istilah couple. Memang la aku suka dia tapi tak semestinya akhir menyukai tu adalah untuk memiliki. Agaknya best la kot kalau dapat bersama orang yang menyintai dan dicintai kita sehingga akhir hayat.

 Aku mengenalinya sejak dia menjadi salah seorang fasilitator program sewaktu minggu silaturahim, masa mula-mula mendaftar di universitu dulu. Setelah Adi tamat pengajian, hubungan aku dengan Adi terputus. aku meneruskan pengajianku sehingga memperolehi Sarjana Perakaunan. Sedangkan Adi dengarnya melanjutkan pengajiannya ke luar negara. kami dipertemukan kembali tiga bulan lalu. Adi rupanya jurutera yang terlibat membina sistem untuk syarikat tempat aku bekerja. Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya aku bertemu kembali dengannya.Macam biasalah bila dua orang so-called 'best friend forever' bertemu setelah hampir tujuh tahun terpisah, banyak le kisah-kisah lama dan baru yang kami bualkan. Tapi sebenarnya macam selalu, aku yang banyak berceloteh dan dia diam mendengar, cuma sesekali bersuara.






No comments:

Post a Comment