Wednesday 24 July 2013

Rise and Shine

Alhamdulillah, pagi yang indah. Walaupun hanya lebih kurang 4 jam masa beradu, bangun pagi ni badan rasa segar je. Mungkin sebab hati tengah berbunga-bunga. Banyak sungguh nikmat yang Allah beri pada saya, tidak terhitung rasnya. Allah cuma belum izinkan saya sambung belajar ke peringkat PhD tapi Allah bagi saya peluang belajar Mandarin. Ni bersemangat belajar chinese strokes. Baru saya faham kenapa masa kecil dulu saya suka sangat conteng 'strokes-strokes' yang pada masa itu tidak memberi sebarang makna. Kini baru saya sedar, ada satu rasa tenang wujud dalam diri saya setiap kali saya fokus dan menulis ' chinese character' dan 'stroke-strokes'. Satu ketenangan yang mengasyikkan. Untuk pertama kalinya saya rasa saya boleh fokus pada memastikan tulisan saya mengikut step-step yang sepatutnya. Me..focus? Ni memang satu nikmat. All this why jangan harap saya boleh nak duduk diam buat satu kerja dalam satu masa. Finally...I'm writing a kindergarten chinese strokes but I'm so happy.


Dalam kesyahduan pukul 3 pagi, lagu Afgan berkumandang dalam minda saya. Alhamdulillah, hari ini, Ramadhan ke 13, saya sangat bahagia. Dapat bangun kembali di saat insan lain nyenyak diulit mimpi. Hanya saya dan Pencipta. Kecintaan abadi yang hanya untuk Dia. MengingatiNya sahaja sudah cukup untuk membuat saya lupa sejenak akan kekecewaan yang tidak patut saya tangisi. Saya tidak akan mengalah. Belum masanya untuk saya menikmati apa yang saya inginkan. Saya tidak akan berhenti meminta padaNya. Saya yakin segalanya ada hikmahnya.

So, hari ini satu lagi perjalanan yang perlu saya tempuhi dalam kehidupan yang sementara ini. Promise myself to make the most out of it. Promise myself to give more. Semoga hari ini seindah hari semalam. Menatap wajah tenang Amsyar dalam tidurnya yang lena, rasa tak sanggup nak ganggu. Bangunkan juga dia untuk bersahur...my precious Amsyar. My little Champ yang selalu nakal dan menghiburkan. Hanya dia yang ada kini untuk menikmati kasih sayang yang tidak berbelah, pelukan dan ciuman yang tidak pernah lekang dari amalan kami sekeluarga. Kala ini kerinduan juga menerpa, rindu pada Adam. Semenjak Adam ke MRSM segala kerinduan padanya hanya terlerai lewat panggilan telefon setiap malam sebelum aku beradu. Kutitipkan doa agar mereka menjadi anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. Juga tidak lupa doaku buat anak-anak didikku, semoga kejayaan menanti mereka di penghujung perjalanan sebagai seorang pelajar. Berjaya memperolehi diploma masing-masing sebelum meneruskan kehidupan dengan pilihan yang lebih baik. Amin.

No comments:

Post a Comment