Tuesday 15 October 2013

Mungkinkah Terjadi?

Bayu laut China selatan menyapa lembut wajahku. Sudah seharian aku di sini. Cuba menghibur hati dan mungkin melarikan diri dari kenyataan. Kesempatan yang hadir bersama jadual kerja yang agak padat, masih memberi satu ruang untuk aku bertenang dan memikirkan persoalan hubunganku dan Khairil Idlan. Keputusan yang bakal kuambil bukan sekadar memberi 'title' baru buatku malahan ianya juga akan memberi impak dalam kehidupan dua permata hati kami. Maafkan mama, Zack. Maafkan mama Syar. Terlalu lama rasanya semua ini mama tanggung sendiri. Dan Khairil Idlan,  suamiku yang menikahiku dengan restu keluargaku dan arwah ayahnya. Sayangnya kehadiranku dalam keluarga mereka tidak disenangi oleh ipar-duaiku. Ada sahaja tindakanku yang tidak kena di mata mereka, setiap kali perjumpaan keluarga diadakan. Selama 10 tahun aku diamkan saja. Membisu tanpa sedikitpun mengadu pada Idlan tentang apa yang dilakukan oleh adik perempuannya terhadapku. Kata-kata yang sangat menghiris perasaanku. Manusia ada had kesabarannya. Begitu juga aku. 3 bulan selepas arwah ayah pergi mengadap Ilahi, aku tidak dapat mengawal diri. Mulut lancang adik perempuan bongsunya telah menyebabkan aku naik angin dan mengamuk. Itu kali pertama di depan seluruh ahli keluarganya, aku mohon Idlan lepaskan aku. Bagiku, keluarga adalah segalanya. Aku tidak mahu Idlan jadi anak derhaka kerana aku. Syurganya sampai bila-bila di bawah tapak kaki ibunya dan syurga aku di bawah tapak kakinya. Isteri boleh ditukar ganti tapi adik beradik kandung tidak mungkin boleh dibeli kat mana-manapun. Sejak peristiwa itu, aku cuba sedaya upaya mengelak dari menyertai mereka. Jadual pengajianku yang diadakan setiap hujung minggu menjadi penyelamatku. Aku gembira tidak perlu bertemu dengan insan-insan mulia yang rasa diri mereka bagus sangat. Tidak ada kelemahan, tidak ada cela. Pun begitu, aku tahu Idlan memendam rasa. Antara kasih dan cinta dia tersepit di tengah-tengah. Aku yakin dia menyanyangiku sepenuh jiwa raganya. Buktinya, antara keluarganya dan aku, dia memilih untuk bersamaku. Namun keinginannya untuk bersama keluarganya terhalang kerana ingin menjaga hatiku. Mana mungkin dia balik kampung tanpa aku. Mana mungkin dia tinggalkan aku sendirian. Memikirkan itu, aku tidak sanggup melukai hati Id. Namun hati aku siapa yang nak rawat? Pada malam hari raya Qurban yang baru berlalu, luka yang belum betul-betul sembuh berdarah kembali. Mulut lancang dari orang yang sama. Entah apalah malangnya aku perlu melaluinya sekali lagi. Dan kali ini,  selepas lima tahun bukan aku sahaja yang naik angin malahan Zack, anak sulungku yang sudah mengerti kesakitan yang dilalui mamnya turut 'naik hantu'. Zack yang sememangnya 'fotocopy' diriku dalam versi remaja mengancam tidak akan membiarkan ibu saudaranya hidup aman. Memang Idlan tidak pernah tahu, hanya aku dengan Zack saja yang tahu apa yang kami lalui. Zack pernah mengadu padaku, dia sering dicubit dan ditampar oleh ibu saudaranya walaupun dia tidak melakukan sebarang kesilapan. Ketika itu aku menyambung pengajian di maktab, Zack dan Syar tinggal sementara bersama neneknya di kampung. Bukan kehendakku meninggalkan permata hatiku di kampung. Idlan yang beria-ria mahu anak-anaknya rapat dengan keluarga sebelah dia dan natijahnya aku dihina lagi. Aku dituduh sengaja menyusahkan ibu mereka. Aku tahu kenapa adik iparku itu bertindak demikian. Marahnya padaku dilempiaskan pada Zack. Sesiapa sahaja yang memandang Zack akan mengatakan dia adalah aku ketika kecil. Anak sulungku ini bukan sekadar memiliki iras wajahku malahan cara dia berfikir, bercakap dan bertindak juga seperti diriku. Mungkin faktor ini yang membuatkan dia sering jadi mangsa tempat melepas geram dan marah padaku. Sama seperti aku, Zack juga 'can forgive but hard to forget' .  Aku didik Zack agar memaafkan kesalahan orang lain terhadap kami tapi aku terlupa menyatakan padanya agar melupakan perbuatan jahat orang  terhadap kami. Sama seperti aku, Zack juga tidak pernah lupa apa yang telah dilaluinya. Berbeza dengan Syar. Anak bongsuku dilayan baik oleh mereka. Mungkin kerana Syar adalah 'reflection' Idlan. Semalam, di depan adik iparku sekali lagi aku nyatakan, "I'm gonna make your wish come true. Kau memang nak sangat runtuhkan masjid kamikan? Sejak 14 tahun lepas, kau tidak pernah putus asa berusaha. Malam ni, aku akan minta abang kau, lepaskan aku. Supaya kau tenang, supaya kau tidak perlu lagi menyakitkan hati aku setiap kali kita bersua muka dan yang paling penting supaya aku tidak perlu lagi mengadap kau yang macam bagus ni." Dan sekali lagi, Idlan membisu dan mengajakku pulang. Walaupun baru tidak sampai 5 jam kali berada di kampung, Idlan bertegas mengajakku pulang dan aku berdegil minta dia lepaskan aku. Natijahnya Zack mengamuk dan mahu mencederakan ibu saudaranya. " Kau memang setankan?" Idlan merangkul kuat badan Zack yang tegap. Aku segera berlari mendapatkan anak kesayanganku. " Please Zack, it's not worth it. " Aku terus memujuk Zack. Aku faham benar anakku. Kalau itu yang diucapkannya, itulah yang akan dilakukannya. " Oi perempuan, apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku dan mama aku?" Kerisauan menghantui diri. Zack mampu bertindak liar. Terlalu lama dia berdendam dengan ibu saudaranya. Aku sedar setiap kali berlaku pergaduhan kecil dalam kalangan sepupu-sepupunya pasti Zack yang akan disalahkan walaupun dia tidak terlibat sama. Bukan sekali dua, malahan setiap kali, dia juga yang dipersalahkan. Benci benar, ibu saudaranya terhadap aku dan Zack. Dan yang lebih menyakitkan, Idlan terus membisu. Aku faham dia juga terluka. Dia juga ingin rasai kasih sayang ibunya, bermesra bersama adik beradik lain dan anak-anak buahnya. Ah! Idlan, kenapa kita harus laluinya sekali lagi. Aku sedar walau jasadnya bersamaku dia tidak gembira. Mungkinkah aku yang perlu buat keputusan? Kesempatan menghadiri Konvensyen Keusahawanan kali ini akan kugunakan sepenuhnya untuk berfikir dan beristikarah. Apakah jalan terbaik buat kami berdua.

Kusangkakan, di sini aku akan memperolehi jawapan pada persoalanku malahan sebaliknya terjadi. Semasa aku mendaftar diri sebagai salah seorang pembentang kertas kerja, aku terasa seseorang sedang memerhatiku. Telahanku memang tepat, sebaik sahaja aku mengangkat muka, insan yang sudah 20 tahun tidak kutemui menghulur salam. Dalam ramai-ramai manusia di dunia ini, kenapa dia juga yang aku temui? Masih segar di ingatanku janji kami dulu. Andaikata kita tiada jodoh, kita tidak boleh sama sekali menghubungi antara satu sama lain. Sudah 20 tahun berlalu dan aku masih berpegang pada janji tersebut dan aku yakin Adi juga begitu. Kenapa saat ini? Oh, tuhan berikanlah aku kekuatan. Ujian kali ini terlalu berat kurasakan. Mana mungkin aku mampu mengelak. Dia kini berdiri betul-betul dihadapanku. Apa yang harus aku lakukan? Pura-pura tidak mengenalinya? Mungkin lebih mudah untuk berpura tidak mengenalinya.

"Saya kenal anda ke?" Air mukanya berubah. 

"Zura dah lupa saya? "  Mana mungkin aku melupai cinta pertamaku. 

"Sorry, have we met somewhere?" Aku masih terus berlakon. Teruk benar agaknya lakonan aku sebab kulihat sebuah senyuman yang sudah lama aku rindui terukir dibibirnya. Dia kelihatan sama seperti dulu cuma..ya, dia lebih 'masculine' dalam usianya kini.

" Hey, it's me Adi, Aditya Izham" Aku cuba buat muka 'blur'.

" Sorry, I think you salah orang. " Masih cuba mengelak tetapi Adi terlebih dahulu menarik tanganku saat aku melangkah untuk berlalu dari situ. 

Langkahku hentikan dan mataku tajam merenung padanya. Tindakannya yang agak kurang sopan sememangnya tidak kusenangi. Menyedari tindakannya tidak sepatutnya, dia segera memohon maaf. Pelik. Aditya yang kukenali tidak akan sekali-kali menyentuhku sesuka hati. Katanya hukum tuhan sangat berat. Dia tidak mahu kami terheret ke neraka kerana cinta. Biarlah cinta kami terus suci, hanya kerana Allah. Mana perginya Aditya yang dulu? Yang tinggalkan aku kerana ingin berjuang ke jalan Allah. Yang memilih insan lain yang katanya jauh lebih baik dariku. Anak seorang ustaz, cucu seorang tok imam dan sangat tinggi pengetahuan agamanya. Mana perginya Aditya itu? Kenapa jauh sangat perubahannya? Siapa Aditya Izham kini? Ah...bukan urusanku. Yang pasti aku perlu menjauhkan diri darinya. Aku kini isteri orang dan aku yakin Aditya masih lagi seorang suami kepada ustazahnya.

" We need to talk." Akhirnya Aditya bersuara.

"I'm tired and I need to rest" Sekali lagi aku cuba mengelak. Aku tidak mahu cinta yang pernah wujud antara kami berputik kembali.

"May be tonight, please?" Kenapa susah sangat si Aditya  ni hendak melepaskan aku pergi. Bukankah selama ini dia yang buang aku? Dah ludah nak jilat kembali ke?

"There's nothing to talk about and I'm somebody's wife" Aku kembali melangkah ke arah 'lift'. 

Malas hendak melayan kerenah lelaki yang pernah kucintai sepenuh jiwa ragaku. Sakitnya ditinggalkan masih terasa. Kalau tidak kerana Fauzi yang berkeras menyuruh aku mendapatkan penjelasan tentang hubungan kami dulu , sudah pasti aku tidak akan mengetahui bahawa Adi sudah ada pilihan lain. Masih segar diingatanku betapa Fauzi, teman baikku di kolej tika itu, cuba memujukku agar melupakan Adi. Semalaman aku menangis. Kenapa Aditya sanggup tinggalkan aku? Lima tahun menyintainya aku setia bagai nak gila walaupun di kolej ramai yang cuba mendekati. Bagiku cintaku hanya untuk Aditya. Tidak mungkin aku menyintai orang lain selain dia. Fauzi yang ketika itu menjadi " shoulder to cry on" terus memujukku. Hanya Fauzi yang ada saat mataku sembab kerana menagis. Tidak sesaatpun dia meninggalkanku. Ah, Fauzi, 'best friend' yang sangat memahami. Teringatkan Fauzi, hati aku rasa tenang. Sahabatku itu kini berada di New Zealand. Bahagia bersama isteri dan anaknya. Puas aku pujuk agar dia kembali bekerja di Malaysia tapi katanya rezekinya di negara orang. 

Tuhan saja yang tahu betapa leganya aku saat air yang dingin membasahi pipiku. Aku perlu segera membersihkan diri dan bersolat. Malam ini, majlis perasmian akan diadakan dan aku perlu berada di sana. Tinggalkan semua masalah dalam bilik hotel, aku perlu hadir dengan senyuman. Beberapa orang insan yang kukenali melemparkan senyuman ke arahku. Aku menganguk tanda hormat dan  senyum kembali kepada mereka. Apa tidaknya, kebanyakkan dari mereka merupakan pensyarah-pensyarahku semasa belajar di UiTM dan UTEM dahulu.

Aku mengambil tempat dan agak terkejut melihat Aditya datang menhampiri dan duduk di kerusi kosong sebelahku. 

"You look gorgeous tonight." pujiannya tidak sedikitpun mengugat diriku. Memang jelas Aditya sudah berubah. Tapi itu bukan urusanku.Sedaya upaya aku cuba menumpukan perhatian kepada pengacara majlis.

"Zura, please..." Aditya masih merayu tapi aku pura-pura tidak mendengarnya. kehadiran Dr. Saiful di meja kami menyelamatkan keadaan.

" Azlin, you look gorgeous dear" Siapa yang tidak kenal Dr. Saiful. Pensyarah Kanan di Jabatan Business, UniKL. Orangnya sangat peramah dan semua orang dipanggilnya 'dear'. Pengaruh lama sangat belajar di UK. Dr.Saiful, walaupun sudah hampir pencen, tetap kacak dan bergaya. Pelik pula kali ini dia tidak ditemani Dr. Su Anne, isteri minah salih yang juga sangat peramah.

" Thank you doc. Where is Kak Su? " Aku mengenali Dr. Saiful sudah lama. Sejak mula-mula penubuhan Ultimate Success Resources. Kebetulan Dr. Saiful adalah koordinator untuk projek pertamaku dan UniKL. Begitu juga dengan Dr. Su yang kupanggil kakak. Dia merupakan salah seorang bekas pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti Kyoto tempat abangku Ezam belajar dulu. Aku mengenali Dr. Su ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan Abang Ezam dan Rina.. Banyak juga kebetulan dalam hidup ini. Pertemuan Dr. Su dan Dr. Saiful yang turut ku jemput ke majlis tersebut, rupanya telah membibitkan rasa cinta antara mereka. Dr. Saiful yang ketika itu sudah 5 tahun menduda, akhirnya melamar Dr.Su dan mereka bahagia sehingga kini. Mungkin kerana itu juga, keluarga kami agak rapat. Apatah lagi Dr.Su sudah menganggap keluarga kami sebagai keluarganya.

" She's busy with our new grandaugter" ucapan Dr.Saiful diselangi tawa yang membahagiakan. Oh rupanya Syirin, anak sulungnya sudah selamat bersalin. 

" Syirin deliver a beautiful baby girl yesterday" tidak putus-putus "atuk" baru ni tersenyum sambil menunjukkan gambar cucunya di 'screen' iphone miliknya kepadaku. Aditya yang duduk di sebelahku sudah tidak kuperdulikan sehinggalah dia tanpa segan silu menyampuk perbualan kami.

" She's look beautiful" Dr Saiful memandang pada Aditya sambil mengangguk. Ternyata dia mengenali Aditya.

"Aditya, you look handsome, have you meet Azlin? " Aku pura-pura tidak mengenali Aditya. Well. tidak sepenuhnya, memang aku tidak kenali Aditya versi ini. Yang 360 darjah berbeza dari Aditya yang pernah aku cintai dulu.

" Well, this is Azlin Ezura, CEO of Ultimate Success" Aku hanya menganggukkan kepala saat Aditya menghulur tangannya untuk bersalam denganku. Dr.Saiful tersengih melihat betapa muka Aditya mula merah menahan malu. Aditya, kalau dia marah atau malu...hmmm, mukanya akan kemerahan macam udang yang baru dibakar.

Perbualan kami terhenti saat, pengacara majlis menyebut nama Aditya. Macamana aku boleh tidak menyedarinya. Aditya adalah pengerusi jawatankuasa konvensyen kali ini. Tapi kenapa dia pilih untuk duduk disebelahku dan bukannya di kerusi VVIP yang telah disediakan? Aditya bergerak ke pentas dan memulakan ucapan mengalukan kedatangan semua peserta konvensyen. Aku menyedari matanya sesekali merenung ke arahku. Renungan yang telah lama tidak kulihat. Sepasang mata hazel yang telah berjaya mencuri hatiku. Tuhan, berikan aku kekuatan. Aku perlu segera beredar sebelum Aditya turun dari pentas utama tapi masalahnya sebentar lagi pengerusi jawatankuasa akan memperkenalkan semua pembentang kertas kerja termasuklah aku.





No comments:

Post a Comment