Thursday 5 December 2013

Tak Mungkin Terjadi



Suasana di Restoran Bayu Sabah sangat romantik.  Sebuah restoran makanan laut, betul-betul mengadap laut China Selatan. Kedengaran ombak lembut menghempas ke pantai. Tenang dan amat mendamaikan jiwa. Setelah beberapa kali cuba mengelak dari Aditya akhirnya aku terpaksa juga menerima pelawaannya untuk makan malam bersama. Cuma nasib aku agak baik sebab bukan hanya kami keluar berdua sahaja. Semua pembentang kertas kerja turut hadir. Alunan lagu lama Utha Likumahua dan Trie Utami berkumandang lembut, selembut bayu Sabah yang bertiup membelai wajahku. Memang padan benar nama restoren ini dengan suasana nyaman yang sangat menenangkan. Aditya sengaja memilih kerusi yang bertentangan denganku. Dr. Lily, Prof. Amir, Dr. Fahmi, Dr. Junainah dan Datin Dell turut menyertai kami. 

" Adi, where is Fauziah?" pertanyaan Dr.Lily yang juga satu jabatan dengan Aditya mengejutkan semua di situ.

" She can't make it."  Aditya melemparkan senyuman yang satu masa dulu pernah mencairkan hati ini.

" Is she ok?" prihatin betul Dr.Lily dengan entah siapa si Fauziah tu.

" Fauziah is his wife..." aik, Dr. Lily ni, macam tau-tau jer aku tertanya-tanya siapa itu gerangannya si Fauziah. Pandang ke arah aku pulak tu. Mahu tak mahu aku anggukkan kepala entah untuk apa. Ada aku kisah siapa itu Fauziah. Yang aku tahu, aku hendak 'dinner' ni berakhir segera. Lemas aku direnung lama2 oleh si Aditya. Bukan aku tak sedar sejak dari tadi. Entah apa kena mamat ni. Bukan ker aku dah maklumkan padanya aku ini isteri orang.

Perbualan di meja makan diteruskan. Memang betul apa yang kudengar selama ini. Makanan laut di Sabah sangat segar dan menyelerakan. Sayangnya aku tidak dapat betul-betul menikmati kelazatan makanan yang dihidangkan. Ini semua salah si Aditya. Kalau berterusan begini, semua yang hadir akan perasan. 

" This is your favorite right?" Aditya meletakkan udang sambal yang telah siap dikopekkan kulitnya ke dalam pingganku. Semua mata memandang ke arah kami.

" Both of you dah kenal lama ke? " pertanyaan Dr. Amir membuatkan aku rasa mukaku dah merah padam. Nasib baik cahaya lampu ala-ala romantik gitu. Kalau terang benderang, 'confirm' semua orang dapat lihat muka aku dah merah padam.

" It's been quite sometime. We went to the same high school" tanpa segan silu Aditya membuka cerita mengenai kami.

" La hai...patut ler you siap tahu makanan kegemaran Ezura..." Prof Amir senyum sumbing.

" Dah lebih 20 tahun tak jumpa...she look different"

" Gorgeous you mean? " Dr.Fahmi pula menyampuk. 

" Dr. June, I hear that your are doing research about Cambodian kids." sengaja aku cuba menukar topik perbualan.

" Yes dear. still on going, language barrier make it slow to collect data" aku faham apa yang dimaksudkan Dr.June. Sepanjang mengikuti program khidmat masyarakat di Kampung Baren, memang sukar berkomunikasi dengan keluarga angkatku. Mujur ada Hasanah yang pernah bekerja di Malaysia sudi jadi 'translator' untuk kami. Rindu pula pada Hasanah, Zary, dan Wahir, adik-adik angkatku yang hingga kini masih berhubung denganku. 

" If you want, I boleh minta adik angkat I yang tinggal di sana untuk tolong you "  Aku terus berbual dengan Dr.June yang berada di sebelahku. 

Akhirnya pencuci mulut dihidangkan. Puding sago dan tembikai susu, satu lagi menu kegemaranku. ternyata Aditya masih ingat semua makanan kegemaranku. Apa yang cuba dibuktikannya. It's over man. Everything is over when you broke my heart long time ago.

Usai makan, semua sudah bersedia untuk pulang ke bilik masing-masing. Aditya mengajakku bersiar-siar di tepi pantai. Malas hendak layan permintaannya aku memberi seribu satu alasan. And as usual, Aditya pandai memujuk hingga aku cair lagi sekali.

" I miss you..." ungkapan yang sangat romantik kalau diucapkan saat kami masih lagi bergelar kekasih tapi kini, ungkapan itu umpama garam yang ditabur ke atas hatiku yang luka parah disebabkan tindakannya meninggalkan aku dulu.

" Ok, out of curiousity, what happen to you?" geram betul aku dengan perubahan dirinya.

" Maksud Zura?"  nama yang hanya dia saja yang boleh sebut. Selama ini, aku memang tidak pernah tulis nama penuh kecuali dalam dokumen rasmi.

" You know what I mean" Aditya memandang tepat ke arahku. 

" I got married after I figured out you are engaged with someone" dia memulakan bicara.

" I knew that, Fiza dah cerita kat I " Aditya melemparkan wajah terkejutnya. Mungkin dia lupa Atilia Fizaryn, adik tunggalnya merupakan salah seorang adik angkatku dulu.

" Look, I am so sorry. Dah puas Adi cari Zura" nak buat apa cari aku? Bukankah kau dah bahagia dengan pilihan sendiri? Sihat ke tak mamat ni?

" I'm married Adi. I am happily married with two kids" macam buat pengumuman pulak. Aku perlu bertegas. Bukankah dulu dia juga yang cakap, andai tiada jodoh kami, "we should not contact each other again"

" I knew that... but I just feel that I need to explain something before you fly back tomorrow "

Malas dengar boleh tak? Masalah aku dengan Idlan pun belum selesai, tak sanggup nak 'create' masalah baru.

" Give me a second chance?" Aditya terus menerangkan padaku apa yang berlaku padanya. Ironiknya aku terus pekakkan telinga dan betul-betul tidak dengar apa yang diperkatakannya. 

" Adi, we belong to others. Please accept the fact. What we had is just a memories...very sad memories for me...you love me...you leave me. End of the story. Dah tak ada episod seterusnya." 

Akhirnya aku melangkah meninggalkan Aditya terpinga-pinga sendirian. Saat ini rinduku pada Idlan menggunung tinggi, setinggi Gunung Kinabalu. Idlan sentiasa ada, sentiasa memanjakan diriku, sentiasa cuba memahami, menyokongku kala aku jatuh dan meniup semangat untuk aku bangkit semula. Kala Adi tinggalkan aku, Idlan hadir menyinari hari-hariku yang suram. Mana mungkin aku akan meninggalkan pelita yang menerangi kegelapanku selama ini. Insan pertama yang kurasakan benar-benar menyanyangiku selepas mak pergi mengadap Ilahi.

Tak sabar rasanya menanti hari esok. Tak sabar untuk memeluk Idlan dan anak-anak yang sangat kurindui. Mana mungkin aku berpisah dengan Idlan. Satu-satunya lelaki yang sangat kusayangi...dan kini aku yakin hanya dia yang kucintai...sepenuh hatiku.


 







No comments:

Post a Comment